Tuesday, April 04, 2006

~Tinggallah kenangan~

Kadang-kadang ada benar orang kata, 'Cinta itu amat menyakitkan. Menyakitkan sehingga kita berazam untuk tidak mengulanginya sekali lagi'. Hampir 2 tahun aku memendam rasa. Hampir 2 tahun juga aku membatukan diri untuk menerima insan yang baru. Hampir 2 tahun ini juga, aku masih merasa pedih kekecewaan. Hampir 2 tahun ini juga, hati aku masih seperti dulu. Hampir 2 tahun ini aku masih merindui, menyayangi dan menyintai pada insan yang sama.
Aku sangkakan jika putusnya ikatan kasih sayang bernama kekasih, terputus juga hubungan dengannya. Tapi sangkaan ku silap. Walaupun hampir 2 tahun tidak bersua muka tapi 'dia' masih menghubungiku. Bertanya khabar dan ada tikanya mengadu masalah. Rindu juga kadang terselit. Ungkapan sayang juga kadang-kadang terpacul.
Tapi, aku hanya redha dengan ketentuan Ilahi. 'Dia' yang pernah suatu ketika dahulu aku kasihi akan menamatkan bujangnya hari jumaat ini. Dihulurnya jemputan kepadaku tapi aku hanya menjawab, "Saya doakan semoga awak bahagia di sampingnya. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya harap segala kisah kita akan berkubur di sini sahaja. Lupakan diri saya sepenuhnya".

1 Comments:

At Thu Aug 10, 09:29:00 PM PDT, Blogger izhar mokhtar said...

oi, jiwangnyer....

 

Post a Comment

<< Home