Hari ini di rumah. Aku rasa, aku sudah tidak seperti dulu. Kenapa aku asyik duduk di rumah sahaja? Kalau dulu, aku memang tak lekang di rumah. Asyik keluar. Saban hari pula tu. Dulu tempat aku lepak; Perpustakaan Daerah. Pustakawan di situ sudah kenal sangat dengan aku. Kalau tidak nampak aku dalam sehari, pasti esoknya bertanya.
Entah lah. Aku rasa sudah tiba waktunya aku lakukan perubahan. Sedikit demi sedikit. Bertepatan dengan keadaan dan situasi.
Baru sekejap tadi aku masak Mushroom Soup. Malam-malam makan sup! Tidak ikut protokol langsung. Peduli la. Aku nak makan juga. Ada suatu ketika dahulu (dalam tahun ini juga) aku dijemput ke
Majlis Beristiadat Angkatan Tentera Malaysia. Kena menjadi
‘partner’ kepada Leftenan Muda yang baru keluar rekrut. Aku setuju pun sebab Kepten ni. Dia baik sangat dengan aku dan keluarga. Jadi, ibaratnya hendak tolong kawan lah. Ketika majlis makan beradap tu, kami kena makan ikut lagu yang dimainkan. Kalau makanan itu
‘just desert’, dua lagu akan dimainkan. Kalau lagu habis dimainkan maka kami pun perlu berhenti makan. Kalau makan
‘steak’, tiga lagu. Itulah kali pertama aku makan ikut istiadat. Seronok juga. Yang paling seronok aku dapat bunga. Kali pertama dapat bunga. Leftenan yang bagi. Bukan aku sahaja, siapa yang bernama perempuan pasti akan diberikan sekuntum bunga mawar. Kelakar pula rasanya. Ketika itu juga aku mengetahui bagaimana cara pegawai-pegawai atasan kerajaan berhibur. Sempat juga aku menari
poco-poco. Arif lah sedikit, sebab semasa aku berkait dengan
IPD Lipis, aku ada menghadiri
Mass Nite dinner
PDRM. Jadi sempat belajar.
Ini rupanya dunia para pegawai atasan. Ada ruang waktu untuk berhibur. Jauh berbeza dengan dunia para pelajar. Yang masih naïf dan buta
‘kehidupan’. Entah lah. Aku cuma mencari pengalaman. Aku ingin penuh dengan pengalaman, agar aku tidak mudah hanyut dalam dunia ini yang penuh dengan dugaan.
Sekarang semuanya sudah berubah. Ada yang berubah menjadi lebih baik dan ada juga yang berubah menjadi sebaliknya. Jika waktu persekolahan dahulu, semuanya ibarat kain putih yang masih bersih. Tapi kini, ada kain putih itu sudah pun tercalit warna. Pelbagai warna. Warna yang membentuk jati diri seseorang. Warna juga sebagai asas penilaian siapa kita sebenarnya. Penilaian yang bagus atau sebaliknya.
Aku ada seorang kawan atau sahabat. Eh, sudah bertambah dua orang. Walaupun aku tahu setaip inci kisah mereka, aku tetap menganggap mereka sahabat. Aku cuma ingin berkongsi dan juga sebagai pengajaran kepada para pembaca. Sahabat yang pertama
(dikenali sebagai N). Sesudah tamat pengajian,
N pun berkerja. Kilang. Mak aku siap berpesan lagi. Dia tidak sesekalinya membenarkan aku menjadi
‘Minah Kilang’. Aku pun memang tidak mahu. Waktu itu sebelum aku menyambungkan pengajian ke Universiti. Rezeki aku lebih bagus, mungkin kerana personaliti dan komunkasi aku yang agak bagus. Itu kali pertama aku belajar bagaimana majikan menilai individu yang inginkan jawatan yang ditawar.
N pernah bersama aku memohon jawatan di firma itu. Tapi aku yang berjaya. Dia kata rezeki aku cukup mudah walhal dia cukup susah untuk mendapatkan kerja yang bagus. Akhirnya terpaksa kerja kilang.
Sebelum aku sempat pindah ke SS18 Subang Jaya, aku tinggal di Shah Alam. Tinggal serumah dengan
‘Minah-minah Kilang’. Banyak yang negetif dari yang positif. Aku. Cuma sabar. Cuba menahan godaan agar tidak mengikut jejak mereka. Berbalik cerita si
N.
N gadis yang baik. Aku amat mengenalinya. Tapi godaan cukup kuat bagi sahabat ku ini. Aku tidak tahu kenapa dia mudah terperdaya dengan mainan dunia. Dia bercinta. Baguslah. Tapi. Tapi. Ada tapinya. Aku tidak menyenangi cara percintaan mereka. Cinta nafsu. Aku tidak tahu andainya maruah itu terlalu murah. Apa gunanya
‘Mas Kahwin’? Apa gunanya
‘Akad dan Nikah’? Bagaimana aku tahu? Dia yang menceritakan kepada aku. Ya. Aku penasihatnya. Aku pendengarnya yang setia. Cuma aku tidak setuju dengan cara
N menyerahkan mutiara berharga. Mana dosa? Mana pahala? Aku bingung dengan sahabat ku ini. Entah bagaimana keluarganya di kampung.
N, aku harap kau akan cepat-cepat bertaubat. Semoga pintu taubat itu masih ada.
Kenalan aku kawan kepada
N. Kehidupannya terlalu bebas. Tiada batasan. Sewaktu dia masih bergelar pelajar, dia sudah bergelumang dengan minuman keras. Kaki pub. Seks bebas. Tapi nasib baik dia tidak pernah mengajak aku ke tempat seperti itu. Syukur yang teramat. Hendak dinasihat pun tidak ada gunanya. Kini. Aku terputus hubungan dengannya. Aku tahu dia sekarang tinggal di Wangsa Maju. Tapi biarlah. Kalau berjumpa aku akan tegur.
Sahabatku yang kedua
(dikenali sebagai E). E adalah kawan yang baik. Aku amat mengenali keluarganya. Baik. Dia bercinta. Tapi cinta terhalang. Pernah dinasihatkan. Tapi gagal. Aku pernah menyuruh dia ikut kehendak keluarga. Jangan membelakangkan keluarga. Jangan sesekali. Buruk padahnya. Menyesal tidak sudah. Tapi dia tetap dengan kehendaknya. Masa berlalu. Perubahan pun berlaku. Aku merasakan lain tentang
E. Fizikalnya berubah. Hati kecilku tercuit. Pasti sesuatu yang berlaku. Ternyata. Pasti. Kau pun sama
E? Aku mula takut. Bingung. Ish. Kawan-kawanku. Mudahnya kalian! Terlalu mudah. Senang dijamah.
Kadang-kadang, semua yang berlaku dalam perjalanan hidup ini sudah ditentukan tuhan. Cuma kita yang perlu sentiasa berhati-hati meniti titian hidup ini. Sentiasa ada dugaan. Sentiasa ada cabaran. Setiap yang berlaku pastinya bersebab. Cuma antara sedar dan tidak sahaja. Hikmahnya tetap ada. Kita tidak perlu menuding jari menyalahkan pihak yang lain. Tudinglah jari itu pada diri kita sendiri. Kenali dahulu diri sendiri. Nilai dahulu diri sendiri. Salahkan dahulu diri sendiri. Cari mana silapnya. Barulah kita akan tahu mana yang benar. Mana yang perlu diikuti. Mana yang perlu dihindari.
Untuk sahabat-sahabat ku ini. Aku tidak menyalahkan mereka. Kita tidak tahu disebalik kisah hidup mereka. Kita tidak tahu perasaan mereka ketika itu. Mungkin ada hikmah bagi mereka berdua akan datang. Mungkin ada pengajaran untuk mereka. Aku masih bersama mereka. Masih lagi kawan. Tapi, aku kecewa dengan kawan yang tidak dengar nasihat seorang kawan.
Aku. Aku tidak tahu lagi sejarah apa yang akan aku cipta. Biarlah semuanya yang baik. Selagi aku masih memohon kepada Nya. Selagi Dia melindungiku. Selagi Ibuku masih lagi mampu untuk mendoakan keselamatan anaknya ini. Selagi Ibuku mampu untuk mendengar semua permasalahan ku. Selagi Ibuku mampu untuk memberi nasihat. Selagi Ibuku mampu untuk menegur. Selagi aku mampu berpandu kepada Ibuku. Selagi aku mampu untuk menuruti kehendak dan kemahuannya. Selagi aku akur sebagai anaknya. Selagi aku tidak tersalah kawan. Selagi aku masih dengan pendirianku.Selasa...23 November 2005...12.41 pagi